*
*
*
*
*
*
*
*

Sunday, December 24, 2006

Family Getaway to the "Pearl of the Orient"...


Mrasa - me off again for yet another family vacation thingy to the "Pearl of the Orient, treasured island of, PENANG!!!" Giiitu! Hiks!


Hmmmm - mek nak amek kesempatan pi cuti² nih nak tenangkan hotak, nak relaxkan badan, dan BANYAK²KAN SNAPPY²! Hiks!

Me will be away starting from today, at approximately 10am mek akan bertolak dengan family mek dan abang Long mek and his family plus my cousin's family and also kawan abang Long mek nye family - wahhh - mrasalah meriah berfamily² pergi ke Penang katanya nak celebrate cuti² X'mas, kan? Hiks! 3 days 2 nights, in Penang. Mrasalah balik by Tuesday afternoon...

Dan as much as its gonna be one of those biasa² boring family trip, yang mek looking forward sebenarnye adalah tempat penginapan - hiks! Dosi lama tak duduk kat Shangri-La's Golden Sands Penang, Batu Feringghi katanya. Bila zaman duduk sitiew last pun, mek dinch hui! Mek rase, lebih 10 years plus tak duduk sitiew. Hiks! I wonder how is it gonna be like, after more than 10 years dinch duduk menginap disitiew. Hiks!


Shangri-La's Golden Sands, Penang - HERE WE COME!!!

Owh well - mek balik Tuesday, InsyaAllah Tuesday night tu mek update blog dengan citer ke Penang iniey, nah?

So - for my readers yang celebrates X'mas, HO HO HO!!! Meeewwyyy Kwisssmaaaaas!!! *Mati la Santarinaclause in red glittering high heels by Jimmy Choo, kan? HAHAHA... and for those yang dinch celebrate Christmas, well, mek amek kesempatan iniey also utk mengucapkan, HAPPY HOLIDAYS people!!!



Toodles!!!






Fashion and Beauty - Simple Smokey Eyes Tutorial



If you have any questions or should you have any comments regarding Fashion and/ or Beauty, please email me at fashionbeauty_lea@yahoo.com. Thanks!


********************************************

*TUTORIAL KE-4: Make up simple/ Make up lite² katanya (Brownish/ earth colored smokey eyes...)Mrasa - ketemu kembali dalam kelas make up kite yer adek², ahkak², aunty² and all... hiks!Kalau dalam kelas² tutorial sebelum ini, banyak menekankan make up tebal (even dikatanya lite² make up, TETAP bulu mata pelesu ataih dan bawah, kan? Muahaha), mrasalah kali ini kita buat simple dan very nude/ lite make up yer - sesuai utk ke pejabat ke, keluar biasa² jer ape ke yer...

1. Bersihkan muka / bahagian mata (kalau nak make up mata jer la - macam mek nih ha. Tak yah la sebok² basuh satu muke - bukannye nak make up satu muka pun, kan? MUHAHAHA!)



2. Lepas tu, biasa lah - the 3 basics - foundasi, compact power, loose powder...







3. Lepas dah sapu semua all rata² sebati bagai, mrasalah tenyeh eyeshadow warna lightest brown kat seluruh kelopak



4. Lepas tu, amek the darkest brown dan tenyeh kat hujung kelopak (AS usual, 3 combinasi color browns yer - darkest as base, lightest as bahagian teratas smokey, dan semi-light/dark brown itu as warna ke 3 utk mem-blend-kan the light brown and the darkest brown itiew...)





Dan setelah memblendkannye dengan the medium brown, BARU MEK SEDAQ! MOTIF buat tema make up cam hari tu tutorial ke 3!?!?!?!??! CANCEL! Hahahaha...

5. So cancel yang NOMBOR 4  tadik tu. CANCEL step tu jer tau! - bukan bermakna PADAM MAKE UP yang dah ado tu YER! Jgn padam! Applykan CORRECTIVE make up. Improvise katnya! Mrasalah amek darkest brown tu dan tempek cam mek buat nih...



6. Lepas tu, amek medium brown dan tempekkan in between the lightest brown (bahagian atas tu) dengan the darkest brown (yang dah jadik base tu), blendkan slow slow, nicely...



7. Blendkan sampai jadik cam ginik...



8. Bersihkan mana mana yang patut...



9. Dah habis tu, amek the darkest brown tadik tu, tempek dengan cotton bud, dan tenyeh bawah mata cam nih.. hujung² jer, sampai tengah mata siket - that's it...



Nampak dak? Nampak kan?

10. Pastu u ols buat apa ek? Japs - owh yes... clearkan the sisa² eyeshadow tu dengan dust off itew loose powder itiew...



Kan dah clear, kan? :)

11. Lukiskan eyeliner liquid yer - NIPIISSSS senipis² yang boleh... cam nih...





Nampak?

12. Pastu, amek cotton bud yang u ols guna brown gelap utk bawah mata tadik tu, tenyehkan lagi dengan darkest brown tu dan tempek slowly, gently, atas eyeliner tu sikit - kasik blend in the base dark brown tu. Ini adalah utk tidak mengobviouskan eyeliner hitam tu (teknik nih mek baru belajar TADI as I was doing the make up - seriously. Mek just tried, explored, sebab tannak kasik eyeliner hitam tu nampak obvious sangat...)





13. Pastu, pakai mascara, utk bulu mata atas dan bawah, light² jer - jgn boh gagah macam si Kris Dayanti tu yer - gigih sekaliks nih boh mascara macam kasik bulu mata tu mandi dengan mascara- berketul². Fauziah Latiff pun used to buat cam tu. Hazabiatul lah! Hiks!



Pastu? HABIS LER! Selesai!!!Yeap - that's it. SIMPLE make up yang kalian boleh praktikkan daily, especially time gi office ke ape ke - serikan lagi dengan contact lense gitiew...TAPI, kalau mek - MEK TETAP nak sempurnakan make up mata mek dengan sekurang²nya bulu mata palsu utk bahagian ATAS jer. Kang buat bawah, dah tak jadik simple dah namanye, kan? Muahahaha... mrasa!





Kalau dah namanya p**d*n, TETAP lah berbulu mata pelesu bagai! MUAHAHAHAHAHAHA! Good luck!

********************************************

Base: KRAYOLAN CHINESE + NUMBER 6
Base powder: Miyami Number 3 + Loreal Translucide Natural Luminous Make Up Two Way Foundation (AMBER BEIGE)
Lose powder: Loreal Translucide Loose Powder (MEDIUM BEIGE)
Eyeliner: BODY SHOP EYELINER (BLACK)
All 3 shades of brown colors for eyeshadow: WALES pallet
Highlight eyeshadow: Lightest brown out of the three shades of brown/ earth colors
Eyelashes: SINMA





Saturday, December 23, 2006

Syukur Alhamdulillah - Masih Ada Manusia Jujur...


Berdasarkan dari previous entry - L O S T

"Assalamualaikum..." berinya salam seorang lelaki di muka pintu pagar rumahku...

"Waalaikumsalam..." jawabku sambil berjalan menuju ke arahnya di pintu pagar...

"Tumpang tanya.... XXXX XXXXX tinggal di sini ke?" soalnya lagi...

"Er... yer... kenape? Ade ape² ke yang boleh saya tolong?" jawabku sopan, tidak mahu menunjukkan keadaanku yang sebenarnye...

"Encik nih ke XXXX XXXXX?" sambungnya lagi...

"Yer saye... kenape?" jawabku sambil ibuku menghampiri kami...

"Tak der, saye terjumpa dompet ini. Maaf lah saya terpaksa membukanya utk mengenalpasti siapakah pemilik dompet ini..." ujarnya sambil menyerahkan sebuah dompet/ organizer panjang berwarna hitam...

Bagaikan nak luruh jantung dan hatiku dibuatnya melihat keadaan dompet itu masih elok... kubuka dompet itu tergopoh gapah. Ibu dibelakangku sudah memerhati dan membuat² muka... lalu berkata...

"Jumpa kat mana ni dik?"

"Di tempat letak kereta Giant Mak Cik..." jawabnya pemuda itu yang nak kata gelap, tak lah gelap sangat. Tapi gelap la juga...

*ISH! I cannot lah write blog camnih! Bahasa so SPM one - aiyoh! If I have to / were to write a book, mek tannak tulis cam nih! Biar lah Dewan Bahasa tak approve, mek nak gak tulis cam mek tulis blog normally nih, ROJAK jer all - biar mek mintak approval UFM Imah Lenggok, kan? MRASA! Hahaha...

So as I was busy checking my stuffs, mummy dearie yang dok buat muka sentap tu dok soal siasat dengan mamat tu. It seems to be that mamat tu anak kepada A, yang merupakan kawan BBD (Bigbossdaddy). So thats beside the point la kan.

Mek tak belek lama² sangat wallet tu - mek just said "Semua ok jer. Duit jer la tak der..." as mek bisik to mummy dearie... and then mamat tu cakap...

"Sorry la kena bukak wallet tu - tapi saya bukak just nak tgk IC utk check pemilik wallet nih..."

Mummy just had to go and ask... urrgh!

"Waktu adik bukak wallet tu, duit ade tak?"

"Tak der Mak Cik... yang ade semua tu jer... passport international pun ada gak saya rasa..."

KAN? THAT'S IT! Mummy dah tahu!!! Mummy dah tahu!!! Dah sah sah ler... OPS! Tannak la menuduh. Tapi, ironic nye all this, erm, before that... sat biaq mek sambung citer conversation nih dulu...

"So kalau tak der pa per, saya mintak diri dulu la ye..." mamat tu kata. Motif mek cakap mamat, sedangkan tadik mummy cakap ADIK? Kekeke - yer la, budak tu seems older dari mek, mamat la. Takkan mek nak panggei adik? Dan mummy pulak kena lah dia bahasakan adik, takkan "NAK" as in "ANAK" kot, kan? Satgi tetiber mamat tu kata "Apa nak nak? Bila masa saya jadik anak makcik?" Motif menyimpang topic?

"Eh kejap dik, jumpa wallet nih bila tatau?" Mummy nih! URGH! Just had to ask la kan! Dah jumpa wallet tu, udah ler!

"HARI KHAMIS PTG SAYA JUMPA KAT PARKING TU!!!"

Motif!? Khamis petang!? Sedangkan hilangnye, MALAM/ MAGHRIB!?!?!?! Nevermind - satgi mek go to that part yang mek rase curiga LITE² jer - tapi takder lah sampai peringkat nak menuduh... tapi... erm, tak per lah - pa per pon, ALHAMDULILLAH...

So ok - anyways, lepas dah mamat tu balik dah semua (menaikki Waja Silver, plate number KBF1**2) mek masuk umah - jenjejeng! 1st bab, kena sembur dengan sembur dengan MUMMY dulu! Pomprang pomprang kena maki, just had to raised her voice, BBD yang dok tgk pokok² orchidsnya terdengar, and BOOM! 2nd bab kena sembur - dengan BBD. Apa la international passport dok bawak mrata la, susah la nak buat baru kalau ilang, bla bla bla - yadey yadey yadey - mek buat muka sedeh seposen mek and then mek masuk bilik lepas dah kena potpetpotpetpotpet!

SO masuk bilik, sebelum mek buat entry nih, mek pikir²kan bende² yang mek nak sebut nih as I was re-checking my wallet itiew...

1. Umi CA cakap tunggu LUSA (meaning Sabtu, today la kan). "DIA" mai hantaq - taktau la hantaq cara lagu mana. Kot dia pi hantaq kat Giant balik ke, balai polis ke, apa ke - janji kalau ada rezeki, dia mai hantaq. And true, dia mai hantaq sunggoh. I'm grateful for that. Thankful to dia dan "HIM" yang esa sebab beri mek rezeki utk dapat balik semua dalam wallet tu... walaupun temanye duit cash tak der dah (termasuk the Thai Bhatt)

2. Umi CA also cakap, "ORG TU" nak kata mamak, tak mamak. Kelly Ng, tak Kelly Ng sangat (keling), nak kata Melayu - tak pasti; berbadan besar, gempal, gelap (that explained the mamak tak mamak, kelly ng tak kelly ng tu la kan...) yang jumpa wallet tu dan amek dan yang Umi CA cakap "SUSAH" nak buat dia mai hantaq balik, tapi dicubanya jugak, dan dimintanya tunggu sehari dua, LUSA tu... Alhamdulillah... dia mai hantaq jugak. Lembut jugak la hati dia nak mai hantaq... tapi ironicnya, sama description Umi CA tu, kan?

3. Motif ko cakap ko duduk kat neighbourhood itiew - dan ko jumpa wallet tu KHAMIS PTG yer dan bukan Khamis malam... dan ko pass hari nih, SABTU? Not that mek nak menuduh dia apa², but just, well - terpikir jer... nevermind la kan. Janji hang mai hantaq. Tapi jauh disudut hati mek, mek terpikir la jugak, kan...

4. Mummy cakap kalau ade bende hilang dalam wallet tu, it couldn't be him yang menghantarnya tu yang mengambilnya. Chances/ possibilitiesnye TETAP ade yang sidia yang menghantar, nama tak disebut, tapi nama bapaknye dia sebut tu, yang mengambilnya, kan? Not that again, bukan mek menuduh. Just wandering mind masih tertanya² jugak. It is possible yang dia yang amek sebab of the things yang mek dah sebut² atas nih, dan dia boleh datang cakap kat kami yang dia yang org kedua jumpa. Meaning after orang pertama jumpa and stole my ccards and also my cash semua, so dia org kedua jumpa dan dia yang mai hantaq. Tapi still, awat hari nih baru hantaq tatau?

Whatever it is, mek dinch mau menuduh overdose. Lite² udahla as I'm thinking about it and writing about this kes... All bende² documents dalam tu, segala I/C, lesen and all - semua ade, EXCEPT the cash and the credit cards. Motif ko nak amek credit card? Nak boh minyak kot? (sebab boh minyak petrol kete jer la kot yang doesn't require signature, kan? Tu yang bahayanya kalau hilang ccard these days - sebab kalau owner tu tak sedaq ccard nya hilang, dan tak BLOCK the card usage, MRASALAH org tu boleh buat sesuka hati isi minyak ketenye (kalau ade kete la kan) and also, shopping ONLINE kat mana² CC yang IP addressnya walaupun boleh detect, but still, kat CC, sapa² leh guna, kan?) Tarkik lah bab credit card tu sebab mek dah blocked immediately malam tu... Tapi tu la bahayanya credit cards these days, kan?

Owh well - Alhamdulillah, Syukur yang tak terhingga pada NYA (and pada si DIA tadik tu) kerana memulangkan 70% nyawa mek kembali pada mek. Memang betul, ade hikmah disebalik semua nih. Insiden ini mengajar mek utk:

1. Be extra careful dan jgn lalai dan cuai tertinggal bende² sana sini, kan? Tapi kita as human, tend to make mistakes - and I've learned from it.

2. Jgn dok bawak International Passport mrata tempat - mrasalah Mummy dah tengking suruh kasik dia simpan jer passport tu!

3. Apa lagi ek yang mek pelajari? Owh well - JGN sembunyik apa² perkara penting dari parents - depa surely sooner or later akan tahu jugak. Nahhh - terbukti! Dah berkali² terbukti. Pun begitu as mek terangkan kat my parents tadi, bukan niat nak sembunyi. Memang plannye mek nak habaq kat depa pasal kes nih, by ptg/ malam nih. Sebab mek nak tunggu dulu apa akan jadik today sebab Umi CA dah ikhtiar dan suruh tunggu sampai today. And today will end tgh malam satgi nuh! So kalau nan ado jumpa wallet tu, or orang tak mai hantaq balik, mek akan break the news 1st thing tomorrow morning. Tapi tu la, dah org tu mai hantaq, Tuhan dah bagi mek rezeki dan peluang jumpa balik wallet tu - mrasalah terkantoi pecah lobang. (Geee, kalau la mek dapat wallet tu diam diam, tak der lah BBD and mummy dapat tahu, kan? SEE! Ade niat nak mohong lagik tu! Mati la berahsia biarlah rahsia sampai bila²! HAHAHA)

Dah la kot - entry pun makin panjang la pulak! Muahahah! Yang mek nak citer, dah mek citerkan dengan terpeinchi, kan? Harap² org² yang membaca blog/ entry mek nih pun, dapat tauladan dan iktibar dari apa yang mek dah lalui... Now mek nak pi umah CA, peluk cium si Umi nya CA, dan heret Umi, eh, silap, heret CA kuaq teman mek pi cancel the police report! So I/C, Lesen/ Passport - semua boleh pakai lagik. Credit cards, charge cards, bank account book/ atm cards jer la nak kena pi buat lain bagai. Replacement ccards and chargecards are on their way already - pihak bank dah mailed 'em sebaik saja mek cancelled/ blocked my ccards and chargecards. Efficient sunggoh! ATM cards and account book je lah Monday mek nak pi buat lain. Yang penting, PASSPORT TU! ALHAMDULILAH!!!

Dui!





Friday, December 22, 2006

Lost


PERMOHONAN SALINAN REPORT BALAI POLIS ALOR STAR KEDAH
----------------------------------------------------------------------------------------

NAMA: **** ***** *** ******

NO.K/PENGENALAN: **0628-02-****

TELNO: 012-*******

ALAMAT: Alor Star

PEKERJAAN: Pengurus

ALOR SETAR REPORT: 22***/06

TARIKH REPORT: 21/12

TARIKH BELI: 24/12

PEGAWAI PENYIASAT: Azura/ Tuan Malik

ADUAN OLEH: Sendiri

WAKTU ADUAN DITULIS: 2100hrs

ADUAN BERTULIS: Pada 21/12/2006, kira² pada jam 1930hrs, saya telah mendapati dompet saya tiada dalam simpanan saya. Saya mengesyaki yang dompet saya telah hilang/ tercicir dikawasan pasaraya Giant, di Souk Al- Bukhari, Alor Star. Antara dokumen² yang telah hilang:

1. International Passport
2. Kad pengenalan
3. Drivers Licence D class
4. ATM card Maybank, Bumiputra Commerce Bank
5. Buku akaun Maybank, Bumiputra Commerce Bank
6. Credit card BCB Visa
7. Diners Club Card
8. Cash: Lebih kurang - MYR180.00++, THB1000.00++

Saya yang membuat aduan;


xxx
--------------------
TANDATANGAN

************************************************************************

Yeeeppp! True - I've lost it; lost it all... cemana? Ikuti lah citer mek nih yer...

Ptg semalam (Khamis) lepas balik keje, mummy dearie suwoh pi Giant katanya belik groceries bagai. So I was like, ok jer. Lepas habis keje semua, around 6ish tu, mek pon drive la pi ke Giant. Sampai Giant, parked my car, and kuar terus jer shopping. Mek pakai jeans, singlet putih and denim jacket sajork. And my wallet yang sebesaq² alam tu mek taruh dalam poket jacket denim mek tu. Poket tu besar, dan dibahagian dalam. So senang mek nak taruk wallet bagaikan purse bagaikan organizer itiew dalam poket jacket tu, kan? Poket sebelah lagi mek sumbat segala hp la rokok la apa la - mek tak kuasa nak bawak turun beg sandang mek tu kang nak kena letak kat kaunter beg. The only reason mek bawak beg tu kehulu kehilir sebab nak letak barang² personal mek dalam tu lah - and since mek malas nak bawak turun beg tu, mrasalah I just bring down my wallet tu jer and taruk dalam jacket.

So anyways, shopping habis, dah settled semua kat cashier - mek masukkan ccard mek, dan resit tu, ke dalam wallet mek tu, and then, lepas dah zip wallet/ purse besaq gedabak itiew, instead of mek taruk dalam jacket denim tu balik, (dah memang gaya nak boh balik kat dalam jacket tu) mek sort of like - "Ah, kejap lagi nak bukak jacket nih la dalam kete... kuasa la nak letak wallet dalam nih" and terus mek campakkan wallet mek tu ke dalam trolley yang masih mek dok tolak sebab isian penuh dan mek nak tolak pi ke kerets.

Sampai jer kat kerets - mek sebok isikan barang² dalam kerete - sambil dok usya² mat² rempit dok kacau 2 3 budak pompuan pakai tudung, dan as mek dok pindahkan beg beg plastics tu semua masuk kete, mek prasa ade couple dok belakang mek, tak jauh dari mek dan kete mek, dok berdating. Whatever lah kan - mek habis jer pindah² barang semua, masuk kete - and terus balik umah. Girang nih balik umah, unloaded the groceries, and makan siket, mandi semua - siap², nak gi ke umah CA, tolong dia buat hantaran kawin kat kawan dia. Alih², dah siap, mek amek kunci kerets, mek amek rokok mek, dan mek amek hp hp mek - DAN mek carik, MANA WALLET AKU!? And that was like an hour selepas mek balik dari Giant! And where's the wallet?

Mek pi la rushing balik ke Giant - tanya security guards and abang² yang keje kat situ susun² trolley tu semua - nan ado. Mek dah cuak. Mek tak kisahkan duit dan i/c lesen credit card bagai semua tu - tuh ha, International Passport mek tu! You may ask, why on earth would I be keeping my international passport dalam tu and carry it around? Sebab dah TERBIASA dari zaman crew, sampai now - I feel safe keeping the passport everywhere I go, kan? Mrasalah kali nih - safe kah!?

So lepas cuak nanges bagai, mek pi terus umah CA mintak dia temankan mek pi buat police report. Sambil² tu mek terus called Maybank, BCB semua - blocked all my ATM bank cards, my ccards and charge cards. So that settles it. Report pun buat - tapi dapat salinan tu jer lah - Sunday baru leh gi amek yang original/ official report tu sebab reports kan leh amek during office hours je kan...

Tapi memandangkan kehilangan barang² dalam wallet tu, TERMASUK International Passport, mek diinterview oleh Tuan Malik tu, CA temankan mek dan dia yang banyak cakap on my behalf yang masih terkedukejut bagai nak gila atas insiden ini...When it comes tu international passport, Tuan Malik tu cakap, memang depa kena interview sebab nak tgk, genuine ke idak report/ aduan mek tu, and bla bla bla - and since dia ala² tahu situasi mek as ex crew with MH dan currently running my own travel agency serta tahu sikit sape my dad and family, dia tak banyak soal sangat and was very helpful and kejap jer dia interview sebab dia cakap "Ok, tak mencuriga/ meragukan ..." kan?

Tah la u ols - adoi! Next week I bet akan jadik minggu yang erm, hmm... minggu lintang pukang go here and there - Pej. Pendaftaran la, Immigration lah, JPJ la, bank² lah itu ini - adoiii! Hasslenye!!!

And lepas tu gi balik umah CA, mintak tolong Umi si CA. Umi CA boleh 'tengok²' - pepaham jer la. Mintak la tolong dia tgk²kan, kot² I've missed placed it ke, or memang betol dah tercicir/ tertinggal dalam trolley itiew, dan lantas kena sariap, kan? Umi CA belek pi belek mai, klebek pi klebek mai kat daun daun sireh katanya - dia cakap mek tertinggal dalam trolley tu. And ade sorang manusia gelap katanya, "... Umi tak bghapa jelas lah nak tgk - nampak gaya nak macam keling siket? Bukan org India ni, nih keling² - ... badan dia besaq², gelap, (no wonder she cannot see clearly, ops!)" And Umi sambung cakap, "Dia nih pon mai shopping jugak. Lepaih tu dia nampak wallet tu dia ambik la..."

Adoi! Tak puas hati mek. Mek tanya Umi boleh detect tak org tu kat mana ka apa ka, apa dia buat dengan wallet tu - dia mai hantaq balik ka apa ka, pi bawak ke balai polis ka, bagi kat Giant ka security ka apa ka kan? Umi macam senyap - geleng² kepala siket... "Ish, macam susah ja dia nak bok mai bagi balik... "

Mek masih mencuba... "Ala Umi - cuba la lagik. Bagi 'dia' tu ubat panaih siket ka sampai tak leh duduk diam dan kena bagi balik beg tu...". "Ish, payah nih. Tapi kita tgk la lagu mana nah. Kalau tak esok, Sabtu. Umi bagi 2 hari, kita tgk. Kalau ada rezeki, dia mai hantaq balik. Kalau dak, pakai kigha tadak rezeki la..."

2 hari ek? Mek bukan lah taksub nak percaya sangat², tapi no harm mek mengharap, kan? Harap² kata² Umi tu masin - mai sehari dua nih, si 'dia' tu pulangkan balik harta mek tu. Mek takkisah lah bab duit tu sebab duit boleh cari. Tapi tu lah - segala passport, I/C, lesen, cards and what not - eh wait, card ATM and ccards semua bagai dah memang kena permenant block and buat baru bagai - tu yang penting tu 3 bende tu jer la kot - Passport, I/C ngan Lesen - aiyoh!!! Tak kisah la cemana sekali pun bentuk dia nak pulangkan, asalkan dia pulangkan these 3 items. Chances are low, I know - but, who know, kan? Wallahua'lam...

Takkan la tadak langsung manusia jujur kot area sini kot? Kalau mek lah jumpa, mek pulangkan balik!

Ish - siapa sangka siapa menduga the minute mek zipped my wallet lepas shopping ptg semalam tu, was like the last time mek pegang/ tgk wallet mek tu and all its' contents, kan? Tah la - macam... eeee - geram pon ade. Dah memang nak letak dalam jaket mek balik dah time tu, yang pi gatai boh dalam trolley tu pulak. And tak prasan pulak tu tertinggal, ish! Nih la kot org kata, dah nak jadi, kan?

Tah la... I just hope... that... org tu hantar balik wallet tu esok or something... *tawakal je la...*





Wednesday, December 20, 2006

Blind People - True Love; Can they see it?


I was wondering about whether or not blind people can see true love? And this is what I got in reply...

*******************************************************

There was a blind girl who hated herself just because she's blind. She hated everyone, except her loving boyfriend. He's always there for her.

She said that if she could only see the world, she would marry her boyfriend.

One day, someone donated a pair of eyes to her and then she can see everything, including her boyfriend.

Her boyfriend asked her, "Now that you can see the world, will you marry me?"

The girl was shocked when she saw that her boyfriend is blind too, and refused to marry him.

Her boyfriend walked away in tears, and later wrote a letter to her saying. "Just take care of my eyes dear."

This is how human brain changes when the status changed. Only few remember what life was before, and who's always been there even in the most painful situations.

*******************************************************

*Thanks Yipun78, a local forummer for the reply - whom I have the feeling is in Japan?

It's sad to see such thing CAN happen, kan? I mean, adoi - sedeynye...

"Feeling is the greatest eyes, love is the greatest knowlegde and mind is the greatest tool.The mind must always be inquisitive, and to find real love, and must always with 'open eyes'. Thats the 'True feelings'. Love, truth and beauty always being locked together. You cannot see one without the other two." - Ajinomotonosuga, yet a local forommer, also I believe to be in Japang? Hurm...

So I guess it's true what they say, to see the real beauty, the real love and the real feeling, one must see not from the eyes, but from the heart. As hearts to cheat, hearts don't lie, although they tend to skip a bit or two, but hearts will always let us know how and what we truly feel. Sometimes brains allows you to see, think and do the right things, but most of the times, tindakkan kita takkan jadik sebegitu. Thats why, I guess, org cakap, whatever you wanna see, whatever you wanna do, whatever you wanna feel - follow your hearts' desire, kan? Hmmmm...

So if kite, yang celik dan tak buta nih, cannot see, feel and think the true beauty, love and feeling dengan another human being, adakah kita patut butakan diri kite dulu? Hmm... (now why do I have the strong feeling ayat penutup hujah entry nih tetiber macam somewhat, bangang sangat, kan? Muahahah!)

*PS: Tapi citer si Yipun78 tu MEMANG sekali mek baca, tersentak sangat... sedehnye... kan?






Fashion and Beauty - Thick Eyeliner Make Up (Tutorial with photos)



If you have any questions or should you have any comments regarding Fashion and/ or Beauty, please email me at fashionbeauty_lea@yahoo.com. Thanks!

Mrasa... Make up earth colors, but emphasizing more on the thick eyeliner...

********************************************

Konsep kali ini pulak (3rd tutorial out of the 3 copy-cut-paste-tutorial) would be: Light eyeshadow, earth nude tones, emphasizing more on eyeliner, thick eyeliner - heavier eye lashes... color eyeshadow, concept: 3 shades of brown/ earth/ nude colors

1. Cleankan wajah/ kulit kita. Freshkan ia by washing it first ke ape ke...


2. As usual, taruk foundation. Then bedak asas/ compact. And the taburkan lose powder bawah mata...






3. Then, sapukan the lightest brown yang u have kat seluruh kelopak


4. Then amek the semi dark brown and taruk kat hujung2 kelopak


5. Blendkan antara the softer brown and the darker brown like this




6. Then, taruk the darkest brown/ close to black - sedikit jer kat ujung2 kelopak...


7. pastu, as per normal, blendkan all nicely8. taruk highlight atas kelopak/ bawah kening macam biasa....


9. dust off the lebihan dusts from the lose powder bawah mata tu...10. Now here comes the toughest part of this make up - making the thick eyeliner. start dari depan anak mata tu... tarik menaik ke atas dan tebalkan... macam nih...





11. Setelah berjaya buat yang atas, buat fine line kat bawah pulak. Once done, amik cotton bud, smugekan SIKIT jer bawah tu kat ujung2 tu so that tak der la nampak fine one line sangat. 12. Yang bahagian DEPAN tu, kalau berani, tarik lebih sikit, kasik mata nampak pasak/ galak...





13. Pasang bulu mata pelesu atas dan bawah





14. Contact lensa jgn dilupakan. Seeloknye since its earth colour make up, try not to wear colorful contact-lenses nah? Kalau ade hazel, light brown or honey, it'll be better

15. SIAP!






********************************************

Base: KRAYOLAN CHINESE + NUMBER 6
Base powder: Miyami Number 3 + Loreal Translucide Natural Luminous Make Up Two Way Foundation (AMBER BEIGE)
Lose powder: Loreal Translucide Loose Powder (MEDIUM BEIGE)
Eyeliner: BODY SHOP EYELINER (BLACK)
All 3 colors for eyeshadow: WALES
Highlight eyeshadow: MAC (PRISMIQUE LUSTRE 01)
Eyelashes: SINMA

:D Mrasa!!!!!

*CLICK "NEXT PAGE" to view "Socket Eyes - Silver-Blue" Make Up Tutorial, and click again on "NEXT PAGE" to view "Smokey Eyes - Purple" Make Up Tutorial... TQ!!!






Fashion and Beauty - Socket Eyes (Tutorial with photos)



If you have any questions or should you have any comments regarding Fashion and/ or Beauty, please email me at fashionbeauty_lea@yahoo.com. Thanks!

Mrasa... Make up socket silver-blue

********************************************

1. Mula², bersihkan mata area mata tu - sapu la pa per kasik lembab lite2...


2. Pastu tenyeh base foundasi mengikut taste ketebalan dan warna base pilihan anda noh...


3. Lepas pakai bedak asas, as usual, taburkan bawah mata tu dengan lose powder. Lepas tabur lose powder tu, tenyehkan eyeshadow kaler lite baby blue or silver (best, lite baby blue tu la sebab silver nanti nak buat highlight dan jugak bahagian depan mata, kan... kang nanti nampak tadak beza pulak)


4. Kan? lepas mek tempek silver, mek top up dengan baby blue


5. Ha - nih mula dah part complicated dan memerlukan penelitian. lukis dengan eyeliner liquid, macam mek buat nih...


6. Pastu amek dark blue... tenyeh kat hujung2 tu... (nih dah mula konsep nak buat smokey dah kat part hujung2 kelopak/ socket tu


7. See what i mean? start doing your smokey eyes make up technique tu


8. Lepas dah tempek dan meng-smokey-kan bahagian atas kelopak dengan dark blue diikuti dengan sedikit lite blue, sapukan highlight kat layer atas sekali, just bawah kening (macam konsep smokey tu ler)


9. Habis buat atas tu, pi buat bahagian bawah pulak - sama macam konsep smokey - memula draw black eyeliner liquid tu yer


10. Pastu smudgekan dengan eyeshadow hitam, guna cotton bud. pastu campurkan sikit dengan dark blue dan bahagian depan tu dah start tenyeh dengan eyeshadow kaler silver seperti dalam gambar



11. Pastu - biasalah - bila dah selesei, dust off the remaining dusts from the eye shadow and also from the lose powder. and lepas tu, mrasa - lekatkan bulu mata lembu atas dan bawah yer adik adik semua...


12. Nampak tak - kalau mata tutup, kelopak/ socket akan kelihatan. Even from the side, akan nampak socket depan tu dan hujung kelopak ala ala smokey. That's socket make up yer adik adik sekalian...


13. Dari depan- ada kalanya org tak prasan, ingatkan kita make up smokey


14. Tapi sebenarnye - SOCKET/ MAKE UP KELOPAK yer, dan bukan smokey


Tadaaaaaaaaaaaaa! SELESEIIII!!! :D

********************************************

Base: KRAYOLAN CHINESE + NUMBER 6
Base powder: Miyami Number 3 + Loreal Translucide Natural Luminous Make Up Two Way Foundation (AMBER BEIGE)
Lose powder: Loreal Translucide Loose Powder (MEDIUM BEIGE)
Eyeliner: BODY SHOP EYELINER (BLACK)
Base eyeshadow: MAC (SILVER BLUE)
Smokey eyeshadow: WALES (DARK BLUE) + COLOUR LAND (Sivanna Shimmer Blue)
Highlight eyeshadow: MAC (PRISMIQUE LUSTRE 01)
Eyelashes: SINMA

:D Mrasa!!!!!

*CLICK "NEXT PAGE" to view "Smokey Eyes - Purple" Make Up Tutorial. TQ!






Fashion and Beauty - Smokey Eyes (Tutorial with photos)





If you have any questions or should you have any comments regarding Fashion and/ or Beauty, please email me at fashionbeauty_lea@yahoo.com. Thanks!

So bersua kita kembali di segment FAB with moi, Nurlea Laurielle Lai Lee katanya. Ingat dak dulu mek buat tips for smokey eyes/ cara² buat smokey eyes, tapi nan ado pics? Mrasalah recently mek dok memberi tutorials dalam satu forum nih, and kali nih, advanced siket, got pics. So to be fair and all buat semua readers yang maybe tak dapat nak join forum tersebut, mrasalah mek copy paste sajork 3 tutorials yang mek dah buat dalam forum tu.

1. Make up smokey eyes purple
2. Make up socket silver-blue
3. Make up earth colors, but emphasizing more on the thick eyeliner...

So yeap, it's going to be back to back, 3 entries straight  - Entry² hanya lah entry copypaste entry direct dari the forum diserapbawak masuk ke segment Fashion and Beauty with me... ;)

Mrasa...

********************************************

So uols semua nak tahu how to do a beautiful (beautiful ke masalahnye!!? Muahahah!), deep, mysterius smokey eyes mengikut cara mek yang tak diiktiraf oleh juru make up juru make up professional, ek? Hehehe - tak per. Mek ajaq takat mana mek tau la noh... Hmmm... here's all I could think of, step by step... (ingat - nih cara mek. Org lain maybe ade cara lain nak buat smokey eyes) - dan SORRY kalau tak menjadi sangat. Biasa lah - make up cincai. OPPS!

1.Pakaikan foundasi pilihan hati u ols nah... sapu bagi rata bagai - kat bahagian mata pon pakai tau!


2. Pastu sapukan selapis dua bedak asas/ compact powder itiew




3. Lepas dah siap - apply lose powder bawah mata tu...* Next... DECIDE what color u ols nak for your smokey eyes itiew. My fav would be Purple! Then, lepas dah decided what color u ols nak, apply eye liner yang AGAK tebal on your eye lid (correct ahhh eye lid? Kelopak mata, hmmm correct la kot!)... when it's still wet, amik cotton bud, dan apply BLACK eye shadow ON top of that wet eyeliner tu. So your whole kelopak mata would be black in colour; just cuba mainkan peranan SHADES - as it gets NEARER to your eyes, it's supposed to be REALLY dark. As you move up towards your eyebrows, it should be getting lighter and lighter and lighter... that's when smokey eyes will appear.

4. Buat eyeliner liquid yang quite tebal la jugak


5. Tenyehkan dengan eye shadow hitam cam ginik* After dah apply that black eyeshadow, pick AT LEAST 2 to 3 shades of purple. The darkest purple goes first, then as u move up, pick the medium dark/ ligher purple - and finally, apply the light purple on top, somewhere dedekat dah dengan your eyebrows. And then lepas tu, baru u ols apply highlight (se-eloqsnya pick lah white eye-shadow)


6. Tenyeh pulak color purple yang paling dark


7. Nampak tak maksud mek when u do shades of purple dari gelap, ke medium ke light purple tu? :)


Ala ala cam ginik lah...


8. Pastu sapu highlight kat bawah kening tu sebagai penutup tirai smokey bahagian atas...* Next you buat bawah mata - this ought to be simple - apply eyeliner kat bawah mata, then, smudge it using cotton bud lagik, using black eyeshadow and also the medium dark purple itiew (sama macam buat part atas mata kat kelopak tu - ha, kali nih, just buat bawah mata pulak la kan). Please be extra careful bila buat bahagian bawah mata. Jgn smudge terlalu tebal - just medium smudge jer. And for a sexier smokey eyes, apa kata u ols take a eyeliner (pensil); selebih eloqs nih WHITE in color - then just apply kat bawah mata tu, AFTER u dah habis smudging tu la kan. Resultsnya, mata tampar berair, cantik sangat - sexy ok! Heheheh... (which mek tak buat - sebab, MALAS!)

9. Eyeliner bawah mata dulu...


10. Darkest shade of purple


11. Lepas apply the lighter shade of purple, cleankan bahagian bawah mata tu - dust off the dust2 lebihan dari eyeshadow dan lose powder tadik


12. Just nak kasik seksi siket, taruk eye shadow silver kat depan mata tu - nampak kan?* Pastu - masukkan mata mohong (contact lense) u ols tu and then apply bulu mata pelesu utk kasik that sharp, dark effect. Hehehehe - contact lense tu u ols boleh pakai before start make up. Cuma mek dah biasa dah make up dulu BARU pakai contact lense... ;)* Smokey eyes yang mampan, yang seksi, yang VERY mysterious itiew, would will be completed if you pakai fake eyelashes; or if you tak pakai fake eyelashes, make sure u pakai mascara TEBAL for your bulu mata, dan pastikan u don't forget to pakai that mascara for your bulu mata bawah also - baru nampak sexy seeeyyy! Ehehehehe...


13. Boh bulu mata ataih dulu nahhh!


14. Then boh kat bawah pulak



Habishhh!!!Ok tak percubaan pertama tutorial mek?

********************************************

Base: KRAYOLAN CHINESE + NUMBER 6
Base powder: Miyami Number 3 + Loreal Translucide Natural Luminous Make Up Two Way Foundation (AMBER BEIGE)
Lose powder: Loreal Translucide Loose Powder (MEDIUM BEIGE)
Eyeliner: BODY SHOP EYELINER (BLACK)
All 3 colors for eyeshadow: WALES
Highlight eyeshadow: MAC (PRISMIQUE LUSTRE 01)
Eyelashes: SINMA





Monday, December 18, 2006

8th "I.N.C." - Caption This!


Lagi² "I.N.C", kan? Hahahah mati la mek!

Well, this time around, picture yang memerlukan Caption(s) nih, berkisahkan melalui 2 pics iniey! Mrasalah the first pic ade kesinambungannye dengan pic kedua itiew. Eh, or is it the 2nd pic ade kesinambungannye dengan 1st pic? Ahhh - which ever... mrasalah tgk pic² nih dulu noh...


Sesenang hati sang monyet yang hat depan nih dok mengkedaghah kacang² mek dok lempaq kat dia tu, mai pulak sekoq lagi kat belakang tu...


Tanpa mempedulikkan yang hat belakang tu, yang hat depan nih gigih dok mengopek ngunyah kekacangs balians mek itiew... hurm... yang hat belakang tu dok CDH ka? CDH (carut dalam hati) kat monyet yang hat depan tu ka? Ke, dok CDH kat mek yang dok tak putus² baling kacang dan dok snappy²? Hurmmm... MRASA - "I.N.C"!!!

Tudiah! Kan mek cakap, dua pics nih tells a story. Apakah storynye? Mrasalah berikan pics² nih Caption(s) utk the 8th "I.N.C" - nah?

Happy ber"I.N.C" semuer! And have a great Monday! (Gee, I wish I will - tapi sayangnye, I know it won't be a 'Great' Monday for me. Keji lah!)





Thursday, December 14, 2006

Cahaya Cinta...




Dia telah menentukannya
Kita bertemu dan cinta
Inilah oh takdirnya
Bukan kerana harta
Inilah citra cahaya cinta...

Pintu hatiku telah kau buka
Tak mampu ku menafikannya
Kejujuran diberi kasih takkan berganti
Ini bahagia yang ku cari...

Sayangi daku
Peluklah daku
Janji denganku
Semai cinta nan satu...

Tuhan menguji
Takkan berhenti
Hanya ku pinta
Sama setia menjaga hingga ke alam syurga...

Dia telah menentukannya
Kita bertemu dan bercinta
Inilah oh takdirnya
Bukan kerana harta
Inilah citra cahaya cinta
Ooh...

Sayangi daku
Peluklah daku
Janji denganku
Semai cinta nan satu...



Cahaya Cinta
Artist: Siti Nurhaliza





Next Page