Sunday, May 14, 2006
Keluhan seorang Kekasih... *sigh*
PS: Sebelom mek dispeku sebagai 'kekasih' itiew, biaq mek buat DISCLAIMER sat nah before we begin. Entry nih, bukan keluhan mek tau! Ini keluhan dari seorang teman yang sent me this 'karangan' yang dibuat sebaik saje dia bangun pagi bile tah. Dia rase, the only way dia leh lepaskan tensi mensi bagai semua, was to write this karangan. So dia kasik mek baca. Dan mek rase terharu dan tersentuh sangat baca karangan keluhan dia nih, lantas mek meminta izin dia utk buatkan as entry. Dia tarkik katanya. Mek pon apa la lagi, COPY PASTE sajork. Tapi niatnye disini, nak kasik u ols rase cam mana dia nih dok rasa... mek tumpang sedeh...
Mari... kite mulakan... hiks!
"Cinta ni ada berbagai jenis, ada orang kata Cinta ni kasih sayang, sayang terhadap keluarga, sayang kepada orang yang disayangi, atau pun sayang terhadap orang yang kita sanjungi.Cinta ini amat pelik, ia boleh buat seseorang tu jadi gila, tak tentu arah mahu pun buat perkara-perkara yang pelik dan bodoh.
Saya melibatkan diri dalam dunia gay ini dah beberapa tahun,mula sejak zaman sekolah. Soalan bagaimana saya melibatkan diri tu tak yah tanya atau tak yah saya bagi jawapan. Mula aktif libatkan diri dengan seseorang beberapa tahun yang lalu, biasalah kan, bila kita dah mula matang, usia dah mula lanjut, kekadang kita rasa kita perlukan seseorang, untuk menghilangkan kesepian atau kebosanan.
Apabila kita menemui seseorang yang kita suka, biasanya dalam dunia homoseksual ini, perkara yang pertama sekali di otak fikiran ialah hanya untuk sex sahaja, kawan… nombor terletak di tangga nombor dua. Tetapi benda ini tak jadi kepada semua orang,kekadang mereka ini lebih suka berkawan dan dari situ berkembang kepada satu perhubungan yang lebih dalam. Bagi saya, zaman sekarang ini, kebanyakan gay ni, lebih mementingkan sex sahaja, bila first time jumpa jer, dalam otak fikiran mereka... mesti nak sex dulu,tidak dinafikan, saya pun memang macam tu jugak dulu masa saya masih muda. Time tu, saya tak terfikir lah pulak nak bercinta cam orang lain, pada masa dulu,kalau saya jumpa orang, setakat hanya nak berkawan biasa dan kemudia untuk melepaskan nafsu saja. Masa itu, saya tak faham, kenapa orang mesti nak bercinta, apa faedahnya kalau bercinta.
Dari ingin tahu, jadi nak try plak apa rasa kalau bercouple, dari situ mula la saya belajar, bagaimana nak berhubung dengan seseorang, dan cuba mengeluarkan rasa kasih sayang terhadap orang itu, rupanya bukan senang.Tersungkur gak banyak kali.
Masih ingat lagi, pertama kali jatuh cinta, rasa macam dunia ni indah sekali,eh! betul ke indah? Saya pun tak pasti, tapi apabila ia terjadi, memang boleh buat orang jadi gila. Bila kita dah mula sayang kepada seseorang atau pendek kata “dia”, kita akan beri segala apa yang kita ada pada dia, beri apa saya pun tak tahu, mungkin kita akan lebih ingin bersama selalu, kemana jer dia nak pergi, kita rasa nak ikut. Bila kita dah sayang kat dia, dari situ pulak kita akan rasa tidak tenteram, takut kehilangan dia, takut dia mengkhianati kita, jumpa orang lain, akan rasa dengki kalau dia ada kawan baru, ada jer lah macam-macam sepekulasi yang kita fikirkan.
Dari masa ke masa, saya dah beberapa kali jatuh cinta, putus cinta, jatuh cinta balik, putus cinta balik, lama-kelamaan, saya dah rasa muak, kebetulan pulak, usia saya makin meningkat, jadi, dari situ saya belajar, cara nak menghadapinya kalau kita putus cinta, cara nak selesaikan masalah bercinta ini. Semakin matang saya, semakin pulak malas untuk bercinta, sehingga satu tahap dimana saya siap sumpah tak akan bercinta lagi, sebab bercinta ini memang amat pahit, dan percaya lah kata-kata saya, memula memang lah seronok, indah, tetapi kalau ada benda yang buruk terjadi, masa itu lah baru kita tahu, bertapa susahnya kalau kita dah sayang kat si dia.
Saya dapati, kebanyakkan hubungan saya ngan si dia yang lepas-lepas, selalunya dan kebanyakkan perkara yang buat saya putus hubungan ngan dia ialah adanya pihak ketiga, pihak ketiga tu bukan maksudnya orang lain nak kacau hidup saya ngan dia, tetapi si dia yang buat hal, dari 5 kenalan saya, 3 orang memang camtu. Depan saya kata sayang kat saya, punya la baik, tapi hakikatnya dibelakang…….main “belakang”!!! Hanya lakonan di depan saya!!! Apa yang buat saya confuse sekarang, kalau kita boleh cuba mengkekalkan rasa kasih sayang kita kat dia, kenapa dia tidak boleh? Memang betul kot kata orang, manusia ini tidak pernah puas, terutama golongan homoseksual ini! Tak pernah puas apa yang mereka dapat, kekadang saya macam tu jugak tetapi tidak sampai lah saya nak melukakan hati orang yang kita dah melafazkan kata cinta dan kasih sayang.
Memang sakit dan pedih hati bila orang yang kita sayang bak gila ni mengkhianati kasih sayang kita! Dah la dulu pernah kata, saya tak akan sayang kat orang lagi, lain pulak jadi nya. Napa yek benda ni harus terjadi kat saya, apa kah salah saya sehingga dia sanggup buat camni kat saya, kalau setakat alasan “dah bosan” baik tak yah nak bercinta bercouple dari mula.kalau dah tau sendiri tu nak cari yang lain, baik jer terus terang dari dulu. Ataupun tak dapat terima atau menahan perangai masing-masing? Bagi saya, kalau dah sayang kat orang, kita sepatunya la terima saja apa yang ada pada orang itu, andai katakan ada benda atau perangai dia yang kita tak suka atau susah diterima, selalunya saya akan cuba dulu menerimanya, kalau dah tak boleh terima, saya akan cuba plak menghadapinya, kalau tak boleh jugak, saya akan cuba mengubahkannya. Kalau tak boleh jugak macam mana? Putuskan hubung??? Ataupun…… cari orang lain tetapi secara senyap-senyap? Biasanya kalau dah terpaksa terima dan tak leh buat apa-apa lagi, saya biar jer dia. Biar jer dia buat apa yang dia nak, tapi yang susah kita lar, kena terima secara bulat-bulat, tu la kata orang komitmen!
Sekarang ni, benda yang tak nak dah berlaku, dia dah start curi makan kat luar, biasanya kalau korang lar, korang akan buat apa? Slow talk ngan dia? Bincang? Atau serang terus? Tak payah la tanya camna saya tau yang dia curi makan kat luar, come on lar, saya berani jamin, gay ni, tak ada yang setia 100%, kalau ada pun, memang jarang kita jumpa orang camni, dan selalunya dah dikebas orang lain, bila laa turn saya!!! kengkawan saya ada yang dah bercouple puluh tahun, tapi still salah sorang tu mesti pernah makan luar. Kekadang saya ni lurus orangnya, tapi saya bukan bodoh, lagi pun dah banyak kali terkena benda yang sama. Sayang dia bagai nak mampus, rupa-rupanya dia curi makan luar, dah la dunia gay ni kecik, pusing-pusing orang yang sama, orang yang kita kenal, korang leh kata may be kawan dengki saja buat cerita, atau saja nak sabotaj tapi kalau dah sendiri yang find out, then apa citer, nak slow talk ngan dia, tak boleh, tak der bukti, kalau ada pun, susah nak tunjukkan, silap-silap kang dia kata kita yang buat fitnah.
Ntah lar, kekadang rasa macam nak give up jadi gay ni (boleh ker masalahnya), kekadang tertanya-tanya gak kenapa saya leh jadi gay, or should I be proud being gay? Walaupun dah berkali dah experience benda yang sama, susah jugak bila benda ni dah terjadi, cuba nak ignore tapi tak leh tidur plak memalam asyik terpikir jer benda ni, cuba adjust ke benda lain kononnya nak build up kerjaya dulu still tak leh jugak, or should I be like him, curi makan luar jugak, just nak balas balik, kalau buat camtu, apa faedahnya, dah terang-terang kita kata tadi, nak curi makan luar gak, tak kan la dia akan tau, yer tak… buat donno plak sendiri yang menara, sampai bila benda ni akan keep on going? Kekadang kita terjumpa member, then tetiba jer member tanya,”nyah!!! Bahagia yer skrang ko dah bercouple” rasa jer saya nak bagi penampar satu kat member tu…
Benda camni lar saya paling takut, that’s way pernah saya sumpah dulu tak akan bercinta lagi, tak akan sayang kat orang lagi, pejam mata, celik mata tetiba dah bercoupla again, takut mati sorang ker saya ni, rasanya tak, semua orang akan mati sorang gak, takan la bila mati nak tarik sorang lagi… kalau bukan takut mati abis tu apa? Sunyi kot rasanya, kekadang terpengaruh gak dari member yang bercouple. Ok fine, saya admit saya memang rasa sunyi, not sex yer, sex hanya untuk keseronokkan diri, kalau gersang pun, leh lepaskan bila-bila jer, tapi.. kalau dah rasa sunyi tu.. kes berat la kot, umur dah tua, jadi nak jugak la ada teman. Mungkin ada yang kata kalau rasa sunyi nak berteman, napa tak just berkawan jer, jangan ada apa-apa ngan dia, yeah right!! It’s easier to say then done!! Bila kita dah lama berkawan ngan dia, lama kelamaan, rasa kasih sayang tu akan terkeluar, bila dah kluar, memang tak leh nak simpan.
Aah!! Fedupnya camni… so.. sekarang ni.. saya terpaksa biar jer la dia nak buat apa, dia nak jumpa orang ker, nak projek ngan orang ke suka hati dia lar, asal kan jangan sampai kena penyakit kena kat saya cukup! Sayang tak sayang kat saya pun saya dah tak peduli…. Memang tak leh caya dah! Kalau terpaksa, nak putus hubungan, saya lagi tak kisah, tapi.. saya prefer kalau putus hubungan as lover, tapi still berkawan. As usual, ada few guys in my life was my bf, but now they are my best friends.
Yang penting sekarang, jaga diri saya sendiri, my own future yang masih malap ni, kena tabahkan diri dan terus kan apa yang saya hajat nak buat selama ni. Pasal dia…. Letak tepi, dah jadi tak penting dalam hidup saya."
Nah... rasain...
Kepada si DIA itiew, u ols - banyak˛lah bersabaq, nah? Setiap apa yang berlaku, pasti ado reasonsnye, NAH?

Dahhh dahh... jgn nanges, nah??? Mek kan ado... hiks!
PS: If u have anything against the person yang menulis entry dari hatinya ini, I suggest u ols keep ur pathetic comments elsewhere, nah? Blog mek nih tak der nye tempat utk org˛ dan lelalats yang nak mengomen entry˛ seperti ini dengan bahasa˛ cimpeng! *Apa dia tatau bahasa cimpeng tu? HEHEH! Mek pon dinch hui! Tetiber jer terkeluar... hiks!* Apa˛, kalau nak mengutuk mengumppat bagai, sila la pi tempat laiinn nah. For those yang ade good advise, time nih la to show ur concern, biarpon si DIA nih might just be another stranger to u ols, nah? MRASA!!! Hiks!


Posted at 1:41:05 am by Nurlea Laurielle Lai Lee Abdullah

| az May 15, 2006 10:22 AM PDT kan..lelaki memang x leh pecaya...sabarla..lebih baik hidup menyendiri daripada sakit hati.. | ||
| spankie May 16, 2006 03:23 PM PDT expectation leads to dissapoinment. nuff said. | ||
| Leave a Comment: |
| Previous Entry | Home | Next Entry |
