*
*
*
*
*
*
*
*

Saturday, October 22, 2005

"Isteriku seorang lelaki?" Aiyoyoh!!!

Entry ini telah dipetik dari Harian Metro Online; my many thanks to Faizaru yang telah kasikkan weblink kepada article ini. 'Thanks u ols! U ols memang STAR!' - ahaks!

PS: Untuk entry asal (tanpa sebarang alterations) silelah click kat link Harian Metro Online kat atas itiew... Entry mek nih dah ado alterations i.e. mek dah selitkan sedikits ulasan mek sendiri. Hiks! (Ulasan mek telah diwarna merahkan, ok? Ahaks!)

Khamis, October 20, 2005 (Aiyoyoh! Past tense lagi katanya... ahaks!)
Edisi KL : Isteriku lelaki (Motif cerita di Utara sampai ke Edisi KL? Edisi Utara pon mek rase dinch ade katanya... ahaks!)
Oleh Rashidi Karim

KANGAR: Satu pasangan suami isteri sedang disiasat pihak berkuasa agama Islam kerana meragui status jantina si isteri yang dikatakan lelaki selepas mereka berkahwin, baru-baru ini.

Perkahwinan pasangan itu terbongkar apabila si `isteri’ membawa pulang suami ke rumahnya di Utan Aji, dekat sini, untut memaklumkan kepada keluarga mengenai perkahwinan mereka.

Sumber berkata, si isteri itu berusia awal 20-an adalah penduduk tempatan manakala suaminya berusia 30-an berasal dari Alor Star dan kes mereka kini dalam siasatan Jabatan Agama Islam Perlis (Jaips).

Beliau berkata, pasangan itu mendakwa berkahwin di negara jiran sejak sebulan lalu atas dasar cinta tanpa pengetahuan keluarga masing-masing.

(Aiyoyoh! Kawin di Thailand ka? Tang mana, DANOK ka? Yang penting; alang² dah merahsiakan perkawinan depa, motif tetiber bawak balik ke umah mak bapak? Might as well tak yah berahsia, kan?)

“Bagaimanapun, perkahwinan itu terbongkar apabila si isteri membawa suami kesayangannya pulang ke rumahnya di Utan Aji, untuk memaklum kepada keluarga.

(Utan Aji? Tang mana tu? - dan yang penting, 'SUAMI KESAYANGAN' katanya... ahaks!)

“Bapanya yang tahu anaknya seorang lelaki berang lalu menelefon polis kerana beranggapan anaknya tidak layak dipanggil isteri,” katanya di sini, semalam.

(Aiyoh! Perlu ke bapak nak turn in anak sendiri? Sungguh nak menegakkan keadilan ni. Tahu la salah, tapi takkan la tak der langsung belas kasihan. For goodness sake, anak sendiri tu... isk isk isk)

Beliau berkata, kes itu sudah dirujuk kepada pihak berkuasa agama negeri dan siasatan terperinci, termasuk mengenal pasti status jantina isteri terbabit sudah dilakukan.

Jurucakap polis ketika dihubungi enggan menggulas perkara itu kerana menganggap kes itu adalah di bawah bidang kuasa pihak berkuasa agama.

Sementara itu, Bahagian Penguatkuasa Jaips ketika dihubungi Harian Metro enggan menggulas mengenai dakwaan wujud perkahwinan sesama lelaki kerana siasatan masih dijalankan.

“Kami tidak boleh mendedahkan perkara ini kerana ia boleh menjejaskan imej Perlis. Anda (wakil Harian Metro) selalu menimbulkan masalah kepada kami.

(Hahahahaha mek tergelak part nih. Sempat nih Pegawai itiew laser Harian Metro ni. Aiyoyoh - pedas! LOL! Nampak sangat macam Harian Metro nih Kak Nam dan mempunyai repo for timbulkan masalah not only for cases like this. Haha. Tapi dah memang kerje wartawan, korek sana korek sini. Mek rase tu bukan timbulkan masalah. It's just depa timbulkan perlbagai spekulasis jer... hehe)

“Saya enggan memberi sebarang komen. Tunggu pengarah balik daripada mengerjakan Umrah,” kata seorang pegawai penguat kuasa Jaips.

(Pengarah pi Umrah? Balik bilo? Mesti nanti kes nih jadik ala² diam cam tu jer. I mean, the case will go on tapi macam Harian Metro akan diam jer sebab isu hangatnya dah pun disebarkan dalam paper on that day itself, kan?)

Sumber itu berkata, pasangan itu hadir ke pejabat Jaips beberapa hari lalu untuk diambil keterangan manakala si isteri sudah diminta menjalani pemeriksaan kesihatan.

“Pemeriksaan doktor mendapati si isteri langsung tidak mempunyai fizikal seorang wanita, cuma jiwa dan perasaan lebih kepada wanita.

(Of course lah dia enggan, sah sah memang cik pons, kan? Tapi yang mek suke tu, "si isteri langsung tidak mempunyai fizikal seorang wanita, cuma jiwa dan perasaan lebih kepada wanita..." Hiks! Nih sounded macam hadek² gagals je? I mean kalau hadek² berjaya, mesti fizikalnya pon dah WOMAN, kan?)

“Lelaki berkenaan yang juga suaminya dikatakan mengetahui kedudukan isterinya tetapi tidak mengambil sebarang tindakan kerana terlalu mencintai pasangannya,” katanya.

(Haiiii bertuahnye hadek² cik pons itiew dapat laki cam tu, kan? Sanggup nih... mek suke! Tapi at the same time, kesian jugak, like, what will happen to them ek?)

Katanya, lelaki dari Kedah dan pasangannya itu dikatakan mahu mendaftar perkahwinan mereka di Perlis.

(Aiyoh! Apa dia pikir Perlis tu persis Amsterdam, London, US? Boleh main dartar perkahwinan sesama sex? Aiyoyo! Tahu la kemaruk bercinta dan sayangkan isterinya yang jugak seorang hadek² itiew, tapi kan, like, kena la tahu we're living in Malaysia dan ade law pasal kawin² ni, KAN?)

“Si suami dikatakan dalam keadaan tertekan dan takut berpisah dengan pasangannya serta kerap menghubungi Jaips bagi mempercepatkan keluaran surat nikah yang sah,” katanya.

(Sayang betooolll si laki itiew terhadap isterinya yang sama gendernye itiew, kan? Yang mek bangga, depa sanggup nih, KERAP katanya menghubungi Jaips nih. Like, kalau depa tak kuasa nak layan, depa diam² jer la kan. Ini tandanya depa really² wanna make the marriage works for all, especially for them la kan...)

Apa² pun, mek nak ucapkan, GOOD LUCK to the two of them... tapi if I may, kasik nasihat, satu jer mek nak cakap..."I think kan the two of you should have stayed as lovers - tak dernye jadik kes cam ni. Or like, kawin ala² olok² je ke? See, punyalah kerana cinta dan sayang serta kasih dan dinch mau berpisah, lantas berkawin, tgk la apa dah jadik..." Wishing the two of you the best dan semoga cinta kalian kekal. Mek tahu niat depa baik, nak kawin, so that they don't have to hide stuffs ke ape ke, kan? Tapi pon, this is Malaysia you know... hiks!



Like my page? Vote for me at Malaysia Top Blogs, and at Blog Charts, and also, not to forget, at Malaysia Top Sites too!!! Thanks u ols!!! Your votes, and support, means a lot to me! Thanks again ya!





Posted at 8:11:12 pm by Nurlea Laurielle Lai Lee Abdullah

orang
October 26, 2005   11:47 AM PDT
 
lagi memperbanyakkan kaum luth .. tsunami & bencana alam langsung tak mendatangkan keinsafan terhadap kamu sume .. na'uzubillahhhhhhh ..
Nurlea Laurielle
October 26, 2005   12:38 PM PDT
 
Thanks for ur concern - tapi soal ibadat peribadi, itu hal memasing dengan NYA. sejahat² menusia, kalau depa diam² beribadat, ada kau tahu?
leman pisang raja
November 21, 2005   09:32 AM PST
 
jom kita kawen dua.......




Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry