Friday, October 07, 2005
Beautiful Recipes with Nurlea Laurielle - Mee Rebus dan Mee Bandung

Yes u ols! Kali nih resipi yang akan dipublishkan dalam blog mek, segment masak memasak nih, adalah hasil sumbangan Tepak Sirih. Dia ado email kat mek resipi nih a week or two lepas kot. Hehehe - mrasalah kita cuba, ek? LETS! (PS- sesiape yang lenglain ado resipi² yang nak disharekan dengan mek di blog mek nih buat tatapan serta cobaan umum, mrasalah email kan kat mek. Sila emailkan resipi² anda itiew dan kalau boleh beserta dengan gambaq sekali, ke alamat beautifulrecipes_lea@yahoo.com, nah? Thankzzzaa, jgn cik kut!!! Cik kut tu KEDEKUT lah! Hiks!)
MEE REBUS JOHOR
Bahan ( A ) - untuk dikisar :
3 ulas bawang Besar
4 ulas bawang Putih
½ biji buah Keras
1 inci halia
¼ inci lengkuas
2 batang serai
15 gm udang kering
25 tangkai lada kering (Kalau tak tahan pedas kurangkan sedikit)
Bahan ( B ) - Direbus dan dikisar :
3 biji ubi keledek (Sederhana Besar)
200 gm daging atau tetel daging Lembu (Dikisar sederhana bersama air rebusan)
200 gm udang (Dikisar bersama air rebusan)
3 sudu besar rempah Kari Daging BABAS atau jenama lain
4 sudu besar asam jawa
Garam
Gula
Serbuk Perisa
Mee Kuning Direbus
Taugeh Di rebus
Untuk Penyedapya :
Daun Soup
Limau Kasturi
Bawang Goreng
Lada Hijau Dihiris-hiris
Tauhu Goreng dipotong -potong kecil
Telur Rebus
Kicap untuk sesiapa yang suka....
Cara-cara membuatnya :
1. Tumiskan semua bahan -bahan (A) dan rempah kari.
2. Setelah bahan-bahan (A) sudah garing masukan pula bahan (B) yang dikisar.
3. Masukan air asam jawa , garam ,gula dan bahan perisa.
TIPS
1. Kalau kuah kurang pekat campurkan tepung gandum yang dibancuh dengan air sedikit dan dikisar supaya halus.
2. Kuah mee rebus sedap jika manis sedikit.
Kepekatan kuah mengikut selera masing-masing ada suka pekat dan tidak pekat
MEE BANDUNG MUAR
Bahannya :
1/2 kati kerang (direbus & dikopek kulitnya)
3 sudu besar cili kering yg tlh dimesin
1/2 kati sawi
1 kati Mee kuning
1/2 kati daging (direbus)
Telur ayam - ikut berapa org yg makan
1 cawan udang kering (mesin halus)
2 cawan kacang tanah (mesin 1/3 halus)
4 ulas bawang merah }mesin
2 ulas bawang putih }bersama
Daun sup & daun bawang
Bawang goreng
Garam
Gula
Bhn utk supnya :
1/2 kati tulang lembu (direbus-simpan airnya)
1 sudu jintan manis }
1 1/2 sudu jintan putih }
4 ulas bawang merah }dimesin
1 ulas bawang putih }
1 inci halia }
Daun sup & daun bawang
1 kuntum bunga lawang }
1 kuntum cengkih }
1 batang kulit kayu manis }penumis
1 biji buah pelaga }
Cara buat sup tulang (A) :
1. Tumis bhn penumis hingga wangi kemudian masukkan bhn-bhn mesin goreng hingga kekuningan.
2. Lepas tu bubuhkan tulang yg telah direbus & air rebusnya. Biar mendidih tambahkan garam daun sup & daun bawang.
Cara buat rempah mee (B) :
1. Panaskan kuali. Tumiskan bawang yg dimesin bersama cili mesin.
2. Kacau seketika tambahkan udang kering & kacang yg telah dimesin. Bubuhkan ½ cawan air rebusan daging. biar seketika, tambahkan garam & sedikit gula
3. Kemudian masukkan isi kerang & daging. tambahkan sedikit air rebusan daging. Biar hingga masak. Ketepikan.
Cara nak makan mee bandung ni (C) :
1. Panaskan kuali kosong bubuh beberapa sudu bahan rempah mee yg telah dimasak (ikut berapa org yg makan)
2. Tuangkan sup sebanyak mana yg anda suka biar mendidih seketika.
3. Kemudian masukkan mee kuning, sawi, daun sup & daun bawang & pecahkan beberapa biji telur ayam (ikut berapa org makanlah).
4. Bila nak makan boleh ditabur sedikit bawang goreng.
TIPS
Seeloknya bila nak makan baru kita buat step (C) ni sebab kalau kita buat awal-awal nanti meenya kembang & tak sedap dimakan.



Like my page? Vote for me HERE!!! And HERE too!!! Thanks u ols!!!

Posted at 10:02:06 pm by Nurlea Laurielle Lai Lee Abdullah

| 5thE October 7, 2005 10:13 PM PDT Erm...I nak order mee mee ni ye untuk berbuka puasa...hmmm....tapi i nak half portion of each ye? thanks u..erm..Fresh Oren satu! | ||
| Nurlea Laurielle October 7, 2005 11:24 PM PDT Segala order dan pesanan, sila la calling² Tepak! HEHEHEHE | ||
| Leave a Comment: |
| Previous Entry | Home | Next Entry |

