Sunday, September 11, 2005
Pondan @ Mak Nyah - Apa kesudahannya?
U ols! PANAS!!!
Mek amik artikel nih (mek type balik semuenya sundel! PENAT OK!) dari majalah REMAJA 1 September 2005 bil: 457 ok. Tergerak hati mek nak publishkan temuramah ini sebagai part of my blog's entry; tapi mek buat a bit perubahan. Asalnya dua org jer yang diinterviewed, alih2 ade 3. Mai mana sorang lagik itiew? Sape lagik kalau bukan MEK! LOL!!!!! Mek also feeling2 nak jawab also! LOL! Itu jer mek ubah dalam artikel nih, the rest remains the same, bagai dalam majalah itiew. Tak percaya, pi beli majalah itiew dan compare, nah? LOL!
Siri komedi 2+1 pernah menjadi kontroversi satu masa dulu. Bukan kerana jalan ceritanya tetapi kerana watak Imuda sebagai mak nyah atau pondan yang dikatakan memberi impak buruk pada anak-anak muda. Golongan mak nyah atau pondan ini sering dikecam dan sememangnya tidak pernah diterima dalam masyarakat. Namun kewujudannya tidak pernah pupus malah ada sahaja pelapisnya. Bagi mereka, naluri yang mendorong memilih jalan jalan hidup sebegini dan tidak peduli andainya masyarakat yang terus menerus memandang serong terhadap mereka. Apa yang lebih penting mereka tidak pernah menyakiti hati orang lain. Saya berpeluang dekati Ogy, 25 dan Mira, 26 dan juga LEA - bukan nama sebenar, 26 - (FFEEEEEEEEEEEEEELING LA KAU! Mati lah bukan nama sebenar katanya! LOL!!!) yang sedia berkongsi pendapat sebagai mak nyah atau pondan ini. Mereka ramah dan senang memberi kerjasama walaupun pada mulanya agak bimbang juga dijadikan bahan untuk dikutuk. Namun setelah berbual panjang mereka setuju untuk ditemuramah secara tidak langsung dapat juga menyuarakan apa yang terbuku dihati.
Bagaimana boleh memilih jadi perempuan?
Ogy: Sejak dari kecil lagi saya memang suka bermain dengan budak perempuan dan perwatakan saya agak lembut. Setiap kali saya bermain dengan budak lelaki saya mesti kena buli. Itu membuatkan saya rasa jadi menyampah nak sertai mereka. Apabila umur saya semakin meningkat, naluri saya menjadi makin dekat dengan perempuan. Selepas sahaja saya tamat SPM mula belajar cara hidup seorang perempuan bersolek, memilih pakaian yang sesuai dan menyimpan rambut panjang.
Mira: Masa umur belasan tahun saya banyak kawan golongan mak nyah. Bermula dari situ saya rasa macam dekat dengan mereka. Saya rasa seronok apabila dapat jadi sebahagian dari mereka. Kami jenis yang enjoy dan happening tak suka nak marah2 atau sedih2, itu yang saya suka. Tak pernah nak emosi lantaklah apa orang nak kata janji kami senang.
LEA: Since small (haiyoh! feeling speaking London ke? Die la Ivy league!) I've always kawan dengan girls, be it at school, or outside school. Then, highschool I was sent to all boys school dan mula la ramai kawan2 yang lembut2. Lepas tu masuk boarding school, go figure la kan. SO I'd have to say the years of my life, I've been exposed to banyak kawan2 lembut dan lebih banyak spend time kawan dengan girls, which made me feel like I'm part of them. Then bile dah tamat pengajian tinggi dan start kerje semua, in KL, that's when my life started to change bile I started lepak with these people (not that am blaming them for it, mek pon memang nak sebenarnya, tapi... aahh... apa kata u ols baca Once Upon A Time, I Was That Showgirl series itiew dari episode 1 saaaaaaaaampai lah episode 22 u ols! Episodes awal2 itiew ade cerits bagaimana mek started drag! LOL! - sempat nih promo nih! LOL!)
Apa reaksi keluarga apabila kamu pilih cara hidup sebegini?
Ogy: Family saya jauh di sabah. Mereka tidak tahu cara hidup saya begini. Kami jumpa setahun mungkin sekali sahaja. Kalau jumpa mereka, pandai - pandailah cover line. Takkan nak buka pekung di dada? Tapi kadang-kadang saya ada juga rasakan mereka sebenarnya dah dapat hidu aktiviti saya di sini tapi tak mampu nak buat apa - apa lagi. Saya dah dewasa dan berhak memilih dan menentukan cara hidup saya sendiri.
Mira: Family tahu saya macam ni. Masa mula2 dulu diaorang marahu tapi lama2 tak tahu nak buat apa lagi. Saya tidak boleh nak berlakon depan mereka saya memang nak diaorang tahu. Saya senang cara begini tak perlu rahsia2. Tapi bila balik kampung sebagai tanda hormat pada orang tua, saya tidak lah berpakaian seksi2 dan baju perempuan. Tapi yang lain semuanya sama sahaja kerja2 perempuan semua saya buat contohnya memasak dan mengemas. Diaorang diam je.
LEA: Reaksi keluarga? MOTIF NAK PECAHKAN LOBANG? Dinch u ols. Although my MOM feeling2 she knows everything tapi macam dia purak2 buat hal sendiri la. I mean, she has seen my drag pics and what not - of course mula2 sentap tapi lepas tu dia pun dah macam buat tak tahu. As a matter of fact, nowadays, its easier to talk to my mom almost about everything, tak perlu hide2. Tapi yer lah, TAK LAH SEMUA BENDE mek nak pi cerits kat my mom. My dad however, feeling2 tahu tapi buat2 tak tahu. I think he couldn't be bothered kot? As long as kalau mek didepan dia, mek buat normal, SUDAH LA. Kan? Abang2? Haiyoh - dua dua mek tahu diaorang tahu, cuma - yer lah, semua dah realized mek dah besaq panjang, so pepandai la kan. Abang N, if u're reading this, SHADDAP U! Hehehe - Anyways, walaupun my family seems like 'ok' jer kot dengan me, and walaupun depan depa tak der lah mek overdose lembut lembik semua itiew, but still, mek very terkongkong ok. Very! Biar pun dah masuk 26 tahun, diaorang feeling mek still anak manja 6 tahun! SEDEY! Hehehehe... membontoti jer lah mek nih pi ke mana2. Lately nih jer berani mampos tannak itu tannak ini. HEHEHEH... tapi kan, waktu kecik2 dulu, 5 yo kot, my grandma pakaikan mek baju perempuan sundel! Short dress bunga2 kecil ok! NANGIS! LOL!
Apa kesudahan hidup kamu?
Ogy: Tidak ada kesudahan macam orang lain juga mana ada kesudahan. Dari kecil jadi remaja, lepas tu kahwin, lepas tu ada anak2 lepas tu jadi tua sampai lah mati baru lah ada kesudahannya. Walaupun mungkin saya tidak berpeluang jadi macam perepuan lain, kawin dan ada anak tetatapi saya tetap juga ada matlamat hidup. Saya nak kerje sungguh2 dan kumpul duit banyak2. Kalau hidup senang orang tidak pandang hina lagi. Macam sekarang saya buat apa pun ada sahaja yang tidak kena di mata orang sekeliling.
Mira: Saya setuju dengan Ogy, kami sama juga macam orang lain, kesudahannya mati. Mungkin ramai yang nak tgk kesudahan kami berubah jadi lelaki sejati tetapi itu bukan lah mudah. Bukan tidak ada kawan2 kami yang kesudahnnya berubah, ada, tetapi semuanya berlaku atas kerelaan sendiri dan bukan atas desakkan mana2 pihak.
LEA: Kesudahan hidup mek? Wallahua'lam. Mek petah berbicara bab past tense, buat apakah kesudahan hidup mek, is my future tense which mek cannot tell.
Pernah tak terpikir nak jadi lelaki semula?
Ogy: Tidak pernah, saya suka dengan kehidupan saya sekarang malah saya usaha nak jadi cantik dan macam perempuan sejati.
Mira: Buat masa ini tidak terpikir apa apa lagi.
LEA: DUH? What am I now? Mek masih LELAKI la u ols. Haiyoh, perlu ke mek terangkan dari A-Z? LOL! Cuma, if the question asks "Pernah terpikir tak nak jadi lelaki SEJATI semua" then my answer would be; pernah jugak but until the RIGHT time comes, mek takkan berubah. Sebab kalau mek berubah SEBELUM the right time comes ie. when the Nur shines its light on me to change, itu bermakna mek berubah tanpa kerelaan hati ie dipaksa2 didesak2. Prubahan cam nih, kena datang dari dalam hati. Kalau tidak, u ols hanya menipu diri sendiri dan donia juga. Dah tu, kalau berubah semata2 nak puaskan hati family, ie katakan la nak kawin ke ape ke, lepas2 tu, tak bahagian, feeling nak lawan sapa cantik dengan wife, terus cerai - SAPA MANGSA? ANAK u ols tu lah! (kalau sempat ade anak la kan! LOL!) Dah la, for me, nak ubah2 diri dari A ke B or B ke A bukannye senang... semuanya tertakluk pada MASA yang bersesuaian diiringi dengan kerelaan hati serta petunjuk NYA...
Masyarakat agak kurang senang dengan kewujudan golongan mak nyah atau pondan ini. Apa komen kamu?
Ogy: Kita kalau nak pikir soal orang, alamatnya mati tak makan la kita. Kalau susah bukan ada orang nak tolong tapi bila mereka susah, tahu pulak mintak tolong dengan kita. Sesiapa yang rasa tidak senang dengan kami, terpulangla. Jangan tegur dan jangan pedulikan kami. Biar kami dengan cara hidup kami sendiri dan kami tidak pernah ganggu sesiapa.
Mira: Masyarakat tidak ada hak membenci kami sebab kami tidak pernah mengganggu hidup sesiapa. Lesbian dan gay tidak ada sesiapa pulak nak kecam. Meraka itu lagi hipokrit berselindung disebalik perwatakan tapi naluri tetap sama macam kami juga (HAIYOH! OBOR U OLS! MEK TAKUT!!!!) Cuma orang tak boleh nampak. Saya tidak mahu jadi hipokrit. Terpulanglah pada individu nak terima atau tidak. Saya selesa dengan cara hidup begini jadi diri saya yang sebenar ikut naluri dan hati bukannya berpura2.
LEA: When we talk about masyarakat, it seemed like EVERYONE, kan? Macam, RAMAI gile yang anti mak nyah, pondan, org lembut, gay, lesbian (mek cuba jadik neutral nah!) - kan? Sebenarnye kan, mek rase, TIDAK SEMUA yang mengecam. I've got GAZILLION straight friends yang datangnya dari the term MASYARAKAT itiew. Tak semua pandang serong. To me, masyarakat akan pandang serong kalau kita buat bende2 salah or tak betul. Kalau kita gay ke, mak nyah ke , lesbo ke, kalau aliran hidup (cara hidup) kita ok, diaorang pon ok. Maybe ade lah sikit2 diorang akan nasihat, tapi tak der lah sampai pandang senget. Memang, tidak dinafikan, ramai yang tidak senang dengan kewujudan kami tapi pon, if one were to look really deep dalam hati dan naluri ppl like kami nih, they will see that kami nih pon, manusia jugak. Tak der bezanya pun, cuma gaya hidup dan sex orientation saje berbeza dari straight ppl. I mean, deep down, we are still human, we still work, we still go out have fun and etc, semuanya bende2 manusia lain also buat. Whatever lifestyle we choose, or whatever sexual preferences yang kami ade, itu hak kami as individual also tau. If ppl never question u about your life, why should u question about ours just becoz we're slightly different? :)
Tapi jalan hidup yang kamu pilih ini memberikan impak tidak baik pada anak2 muda?
Ogy: Kami tidak pernah ajak sesiapa ikut jejak langkah kami. Apatah lagi nak mengajar benda2 yang tak elok. Semua orang ada otak boleh fikir baik buruk sesuatu perkara. Jangan kata anak2 muda bawah kami jadi lembut sebab ikut kami yang yang lebih dahulu jadi macam ni. Mereka pilih jalan yang sama sebab merasakan naluri mereka sama dengan naluri kami dan selesa memilih jalan hidup sebegini.
Mira: Susah nak komen sebab kalau saya cakap apa pun orang tetap pandang buruk. Tapi fikirkan lah sendiri, takkan kami nak paksa budak2 yang lagi muda dari kami tu ikut cara kami? Terpulang pada diri masing2 lah. Tepuk dada tanya selera. Kenapa nak salahkan kami pula apabila banyak anak2 muda ikut sama jadi lembut?
LEA: Jalan hidup yang kami lalui nih beri impak tak baik pada anak2 muda? Betul. I have to say MEMANG it does, tapi, pernah pikir kan dak, SEBELUM diaorang ikut cara KAMI, kami nih pulak, ikut cara sapa? All I'm trying to say, SEMUA orang berikan impact pada younger generations in life, tapi its all up to the younger generations to THINK and CHOOSE sama ada nak ikut/ pilih jalan hidup cam nih or not. The impact is there to let them see clearly what they will go through should they choose to live like us, gay people, maknyah and pondan group - etc. I mean, I've always wanted to look good like those diva show girls. I pilih to look like that tapi I didn't choose to BE like that ie. hidup sebagai woman 24-7? Mek tak pilih nak spend puluhan ribu buat ciktek dan buang ciknek semata2 nak ada cikpuks? Get what I mean tak? Memang betul we give others the impact tapi 'the others' tu sebenarnya ada PILIHAN samanya nak just be partially like us or COMPLETELY like us - semuanya bergantung pada individu itiew. So dinch perlu tuduh sapa2 pon dalam hal nih... :)


Like my page? Vote for me HERE!!! And HERE too!!! Thanks u ols!!!

Posted at 11:10:16 am by Nurlea Laurielle Lai Lee Abdullah









| 5thE September 11, 2005 01:02 PM PDT wah..adakah merks org pertams yang menjelajah ke ruang ini??/ YESSSSZZA!!! ehehheeh... wahhh..suke suke suke..if only diorang ni buat majalah cenggini utk pasaran kan..aiyoh..sure larist!!! hehehehehe i like the TENSES used in this entry... | ||
| Nurlea Laurielle September 11, 2005 01:18 PM PDT Motif 5thE Laser TENSES!?!?!?!?!?! Nangis! heheheh | ||
| Lee Novotny September 11, 2005 02:20 PM PDT Lea, I rasa tu yg best skang nih kat Malaysia, the new younger generation okay aje dengan us, kan? Syabas to u yang ada ramai kengkawan str8 yang toleransi nagn u ols! Kat sini apatah lah lagi, mmg senang jugak nak buat kawan ngan str8 pl! Mak suka artikel ini..:) Semoga menjadi pedoman kepada sesiapa yang tak memahami isi hati PLU, pengkid, nyahs ittew...:) Hidup Lea!!!! | ||
| KaK NaM Bersuara September 11, 2005 03:41 PM PDT well done Lea! Girl, you sure have guts to write down this taboo matter! As for me, tak kisah la gay ker, lesbo ker, nyah ker.. as long as the person is sincere to himself, niat hati baik and truthful to others, thats extremely good enough. Luv, from one of your s8 fren :) | ||
| Nurlea Laurielle September 11, 2005 06:26 PM PDT Yezzaaa u ols! Betul tu CD. Mek rase mek nak buat lah. Campuq dengan Mak Ayam Nazley... kan? LOL! Lee: Thanks u ols! Mek rase mek nak buat lagi lah entry2 brani mampos cam nih... kekeke KAK NAM BEBE: Mek terharu u ols. SANAGT2 terharu dengan sokongan u ols! Lets jil2 puks sesama? HEHEH mati la mek! | ||
| Nazim September 12, 2005 01:18 PM PDT wahh...alo diva....ok lah entry nie....mek suka.... | ||
| leng October 2, 2005 02:15 PM PDT well,apa pun i tak ada masalah ngan gol.ini .kalau u dah pilih cara hidup macam ni teruskan .cuma jgn buat sesuatu yang tak sopan n cuba u all dekati masyarakat,mungkin dia org dpt terima u p'lahan-lahan | ||
| leng October 2, 2005 02:15 PM PDT well,apa pun i tak ada masalah ngan gol.ini .kalau u dah pilih cara hidup macam ni teruskan .cuma jgn buat sesuatu yang tak sopan n cuba u all dekati masyarakat,mungkin dia org dpt terima u p'lahan-lahan | ||
| xena January 16, 2009 03:30 PM PST kta x bleh paksa mereka utk berubah.. manusia ada hak tersendiri utk memilih jlan hdup mreka... s0, bt pa nak pening kepala nak ubah geng 'mreeka" tuu... | ||
| Leave a Comment: |
| Previous Entry | Home | Next Entry |


